Sistem PAJSK
19 06 2013Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
Sistem PAJSK adalah satu sistem untuk menilai aktiviti fizikal dan kesihatan serta mengukur penyertaan, pelibatan dan pencapaian pelajar dalam pelbagai aspek sukan, kokurikulum dan ekstra kurikulum. Sistem pentaksiran baru ini hanya digunakan untuk mentaksir aktiviti kokurilum bagi semua pelajar tingkatan 1 mulai tahun 2012 dan seterusnya.
PAJSK merangkumi 5 komponen seperti berikut:
KOMPONEN |
HURAIAN |
Body Mass Index |
Merekodkan ketinggian dan berat badan bagi menentukan tahap jisim badan |
SEGAK |
Mengukur tahap kecergasan |
Sukan |
Merekodkan penyertaan, pelibatan dan pencapaian dalam aktiviti sukan |
Kokurikulum |
Merekodkan penyertaan, pelibatan dan pencapaian dalam kelab, persatuan dan unit beruniform |
Ekstra Kurikulum |
Merekodkan penyertaan, pelibatan dan pencapaian dalam aktiviti ektra kurikulum |
Sistem pentaksiran aktiviti sukan dan kokurikulum