Peperiksaan Naik Pangkat 2017
16 07 2017Pada hari Sabtu yang lalu, iaitu 15 Julai 2017, PKK telah mengadakan ujian naik pangkat bagi PKK tingkatan 2. Peperiksaan naik pangkat ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan Pengawas Kokurikulum terhadap urusan data dan borang kokurikulum. Pada pukul 8 pagi, semua pengawas berkumpul di dewan tingkat 3 yang merupakan tempat menjalani ujian yang pertama, ujian bertulis. Selepas itu, mereka telah menjalani ujian lain di tempat-tempat peperiksaan yang ditetapkan seperti di foir yang tentang ujian memeriksa papan kenyataan, di bilik gerakan yang berkenaan tentang ujian pengurusan kunci, borang serta komputer (SPAKOKU) dan di stor permainan yang tentang ujian duti rumah sukan. Ujian-ujian ini telah memberikan peluang untuk pengawas-pengawas kokurikulum mempelajari banyak tentang pengurusan yang harus dilakukan dan juga mengetahui kelemahan diri dalam pengurusan mereka. Selepas tamatnya peperiksaan tersebut dengan lancar, pengawas-pengawas kokurikulum pun bersurai pada pukul 11 pagi.
Para pengawas kokurikulum tingkatan 2 sedang menjalani ujian bertulis.
Selepas ujian bertulis, pengawas-pengawas pergi ke tempat-tempat yang ditetapkan seperti di bilik gerakan.
Pengawas-pengawas menjalani ujian di stor permainan.