August Duty List
1 08 2015Categories : Announcement
注意!明天我们有拍全体照,请所有已升级的PKK在10.30am的时候到礼堂集合。至于那些有duty的PKK, 麻烦你们早上10am就到礼堂集合。谢谢。**F2的PKK们可以不用早来拍照。**
Kem Latihan Pengawas Kokurikulum 2015 telah diadakan pada 18 April 2015 (Hari Sabtu) di dewan tingkat 3 sekolah . Kem Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan Pengawas Kokurikulum terhadap urusan data kokurikulum. Pada tepat pukul 9 pagi hari tersebut, ahli-ahli telah mendaftarkan nama diri dan para ahli diberi taklimat tentang peraturan kem latihan. Selepas itu, para ahli telah dibahagikan kepada 6 kumpulan. Mereka telah menjalani ujian bertulis percubaan di dewan tingkat 3. Selepas ujian bertulis, mereka juga diberi pelbagai ujian lisan tentang pengurusan kunci, urusan borang, SPAKOKU dan sebagainya. Pada pukul 1.00 petang , semua pengawas kokurikulum makan tengah hari di kantin sekolah. Kemudian, mereka melakukan gotong-royong di kaunter pkk. Begitulah tersurainya kem latihan pengawas kokurikulum yang bermakna.
Semua ahli bertungkus lumus untuk membersihkan Bilik Gerakan dengan mengemop lantai, mengemas borang, mengelap meja dan sebagainya.
明天的raptai konsert duty 将在9.45am 开始至12pm结束,请相关的PKK准时报到。谢谢。
AGM & Farewell PKK 2014 telah diadakan di Paradise Hotel pada 16/8 ( Sabtu ) dari 11.30-2.30. Puan Lim telah memberi sepatah kata kepada semua PKK. Puan Lim dan Puan Tan memberikan tag nama kepada PKK baharu sebagai tanda mereka menjadi PKK rasmi dalam majlis ini. AJK baharu bagi tahun 2014/2015 juga telah diperkenalkan.
Puan Lim menyampaikan hadiah kepada PKK tingkatan 5 sebagai tanda pengiktirafan jasa mereka selama ini.
Pengawas Kokurikulum Sekolah telah melaksanakan tugasan fotografi selama 2 minggu sejak 3 April 2014. Tugasan ini dilaksanakan adalah untuk melancarkan keseluruhan program fotografi bagi badan-badan kokurikulum dalam sekolah termasuklah unit beruniform, persatuan, kelab sukan dan badan perkhidmatan.
Hampir 20 orang Pengawas Kokurikulum diamanahkan tugasan dalam program ini. Pengawas Kokurikulum melaksanakan tugasan masing-masing dengan lancar di bawah kepimpinan ketua iaitu Koay Shu Ni dan penolong ketua iaitu Chin Chiat Ying. Aktiviti ini dilancarkan dengan sempurna.
Kem Latihan Pengawas Kokurikulum 2014 telah diadakan pada 22 Mac 2014 di dewan tingkat 3 . Kem Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan Pengawas Kokurikulum terhadap urusan data kokurikulum. Pada pukul 9 pagi, ahli-ahli telah diberi taklimat tentang peraturan. Setelah dibahagi megikut kumpulan, mereka menjalani ujian bertulis percubaan di dewan tingkat 3. Selepas ujian bertulis, mereka juga diberi pelbagai ujian lisan tentang pengurusan kunci, urusan borang, SPAKOKU dan sebagainya. Tepat pada pukul 1.00, mereka telah makan tengah hari. Selepas itu, mereka melakukan gotong-royong di kaunter pkk.Akhirnya, upacara penyampaian hadiah dijalankan. Begitulah tersurainya kem latihan pengawas kokurikulum yang bermakna.
taklimat tentang peraturan pengawas kokurikulum
pengawas kokurikulum diberi ujianbertulis percubaan di dewan tingkat 3
pengawas kokurikulum menjalani gotong-royong di kaunter pkk