May Duty List(Afternoon Session)
30 04 2016 Comments : No Comments »Categories : Announcement
Sila ambil perhatian, pada Hari Sabtu yang akan datang iaitu 16hb April. yang berikut ialah beberapa maklumat lanjutan tentang aktiviti ini.
Tarikh: 16 April 2016
Masa: 8 pagi hingga 2.30 petang
Tempat: Auditorium
Guru Bertugas : Cik Khor Whei Peng
Laporan kem latihan Pengawas Kokurikulum
Kem Latihan Pengawas Kokurikulum 2016 telah diadakan pada 16 April 2016 (Hari Sabtu) di auditorium sekolah . Kem Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan Pengawas Kokurikulum terhadap urusan data dan borang kokurikulum.
Pada tepat pukul 8 pagi hari tersebut, ahli-ahli telah mendaftarkan nama diri dan para ahli diberi taklimat tentang peraturan kem latihan.AJK pengawas kokurukulum juga memberikan taklimat tentang fungsi-funsi borang .Selepas itu, para ahli telah dibahagikan kepada 6 kumpulan. Mereka telah menjalani ujian bertulis percubaan di auditorium.
Selepas ujian bertulis, mereka juga diberi pelbagai ujian lisan tentang pengurusan kunci, urusan borang, SPAKOKU ,stor dan sebagainya.Selepas ujian lisan,mereka melakukan gotong-royong di kaunter pkk.Kemudian,pada pukul 12.30 petang , semua pengawas kokurikulum makan tengah hari di kantin sekolah.Seterusnya, para pengawas kokurikulum bermain station games tentang peranan pengawas kokurikulum dan borang koku.
Setelah tamat main station games,upacara memberi hadiah telah dijalankan.Segala aktiviti dijalankan dengan lancar dan para pengawas kokurikulum telah mempelajari banyak tentang pengurusan borang dan sebagainya. Begitulah tersurainya kem latihan pengawas kokurikulum yang bermakna.
Para pengawas kokurikulum sedang menduduki peperiksaan bertulis.
Para pengawas kokurikulum sedang menduduki peperiksaan lisan.
Pada 3 Februari 2016, Pengawas Kokurikulum SMJK Perempuan China Pulau Pinang telah menganjurkan Kem Latihan Pengurusan di dewan sekolah. Aktiviti ini telah dijalankan pada dua masa iaitu pada pukul 9 pagi-1 petang(bagi murid sesi petang) dan pada pukul 1.30 petang- 5.00 petang(bagi murid sesi pagi). Masa telah diatur sebegini agar aktiviti ini tidak akan mengganggu proses pembelaharan para pelajar. Dalam aktiviti ini, semua pengerusi, setiausaha dan bendahari semua badan kokurikulum telah diajar dan dilatih oleh guru penasihat Pengawas Kokurikulum dan PKK. Mereka telah belajar tentang kegunaan pelbagai jenis boring, proses menempah bilik dan cara untuk mengurus blog badan kokurikulum. Selepas itu, para pelajar menduduki suatu peperiksaan untuk memastikan mereka telah benar-benar memahami perkara yang telah diajar. Kem latihan pengurusan 2016 telah dijalankan dengan lancar dan berakhir dengan sempurna.
Pendaftaran badan kokurikulum telah diadakan seperti biasa. Pada tahun ini, pendaftaran kokurikulum bagi murid sesi pagi adalah pada 31 Disember 2015, dari pukul 9.30pagi hingga 11.30 pagi. Bagi murid sesi petang pula, aktiviti pendaftaran kokurikulum telah diadakan pada 13 Januari 2016, dari pukul 1.30 petang hingga 3.30 petang. Melalui kegiatan ini, para pelajar SMJK Perempuan China Pulau Pinang dapat memilih badan kokurikulum yang digemari dan mendaftar nama. Kedua-dua aktiviti pendaftaran ini telah dijalankan dengan sempurna. Gambar yang ditunjukkan merupakan senarai PKK yang bertugas pada hari 31 Dis 2015.
Yang berikut merupakan senarai ahli jawatankuasa bagi tahun 2015 dan 2016:
Pengerusi : Tan Xin Yan
Naib Pengerusi : Tan Bing Chieh
Setiausaha : Kee Pei Jiin
Naib Setiausaha : Loo Xin Ying
Bendahari : Tan Song Ning
Naib Bendahari : Lim Jo Wei
Disiplin : Tan Zhi Ying
Naib Disiplin : Chai Xin Yee (Dendaan)
Khor Gim Theng (Duty)
Papan Kenyataan : Teoh Wei Xin
Kebersihan : Ooi Shi En
Naib Kebersihan : Andre Lim Tong En
Ahli Jawatankuasa T6: Koay Shu Ni
Ong Wei Ming
Please be note that our farewell will be held on 22 August,11am-2pm at Lot 33. All PKKs are welcomed to the party.