20
01
2016
Pendaftaran badan kokurikulum telah diadakan seperti biasa. Pada tahun ini, pendaftaran kokurikulum bagi murid sesi pagi adalah pada 31 Disember 2015, dari pukul 9.30pagi hingga 11.30 pagi. Bagi murid sesi petang pula, aktiviti pendaftaran kokurikulum telah diadakan pada 13 Januari 2016, dari pukul 1.30 petang hingga 3.30 petang. Melalui kegiatan ini, para pelajar SMJK Perempuan China Pulau Pinang dapat memilih badan kokurikulum yang digemari dan mendaftar nama. Kedua-dua aktiviti pendaftaran ini telah dijalankan dengan sempurna. Gambar yang ditunjukkan merupakan senarai PKK yang bertugas pada hari 31 Dis 2015.
Comments : No Comments »
Categories : Activity
1
07
2015
Kem Latihan Pengawas Kokurikulum 2015 telah diadakan pada 18 April 2015 (Hari Sabtu) di dewan tingkat 3 sekolah . Kem Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan Pengawas Kokurikulum terhadap urusan data kokurikulum. Pada tepat pukul 9 pagi hari tersebut, ahli-ahli telah mendaftarkan nama diri dan para ahli diberi taklimat tentang peraturan kem latihan. Selepas itu, para ahli telah dibahagikan kepada 6 kumpulan. Mereka telah menjalani ujian bertulis percubaan di dewan tingkat 3. Selepas ujian bertulis, mereka juga diberi pelbagai ujian lisan tentang pengurusan kunci, urusan borang, SPAKOKU dan sebagainya. Pada pukul 1.00 petang , semua pengawas kokurikulum makan tengah hari di kantin sekolah. Kemudian, mereka melakukan gotong-royong di kaunter pkk. Begitulah tersurainya kem latihan pengawas kokurikulum yang bermakna.
Pengawas kokurikulum melibatkan diri secara aktif dalam kuiz yang dijalankan.
Semua ahli bertungkus lumus untuk membersihkan Bilik Gerakan dengan mengemop lantai, mengemas borang, mengelap meja dan sebagainya.
Pengawas Kokurikulum sedang mengemas borang yang terletak di kaunter PKK.
Salah seorang ahli sedang mengemop lantai Bilik Gerakan.
Comments : No Comments »
Categories : Activity
24
08
2014
AGM & Farewell PKK 2014 telah diadakan di Paradise Hotel pada 16/8 ( Sabtu ) dari 11.30-2.30. Puan Lim telah memberi sepatah kata kepada semua PKK. Puan Lim dan Puan Tan memberikan tag nama kepada PKK baharu sebagai tanda mereka menjadi PKK rasmi dalam majlis ini. AJK baharu bagi tahun 2014/2015 juga telah diperkenalkan.
PKK sedang menjamu selera.
Puan Lim menyampaikan hadiah kepada PKK tingkatan 5 sebagai tanda pengiktirafan jasa mereka selama ini.
Comments : No Comments »
Categories : Activity
3
06
2014
Pengawas Kokurikulum bertugas dalam program fotografi untuk badan-badan kokurikulum
Pengawas Kokurikulum Sekolah telah melaksanakan tugasan fotografi selama 2 minggu sejak 3 April 2014. Tugasan ini dilaksanakan adalah untuk melancarkan keseluruhan program fotografi bagi badan-badan kokurikulum dalam sekolah termasuklah unit beruniform, persatuan, kelab sukan dan badan perkhidmatan.
Hampir 20 orang Pengawas Kokurikulum diamanahkan tugasan dalam program ini. Pengawas Kokurikulum melaksanakan tugasan masing-masing dengan lancar di bawah kepimpinan ketua iaitu Koay Shu Ni dan penolong ketua iaitu Chin Chiat Ying. Aktiviti ini dilancarkan dengan sempurna.
Comments : No Comments »
Categories : Activity
28
03
2014
Kem Latihan Pengawas Kokurikulum 2014 telah diadakan pada 22 Mac 2014 di dewan tingkat 3 . Kem Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan Pengawas Kokurikulum terhadap urusan data kokurikulum. Pada pukul 9 pagi, ahli-ahli telah diberi taklimat tentang peraturan. Setelah dibahagi megikut kumpulan, mereka menjalani ujian bertulis percubaan di dewan tingkat 3. Selepas ujian bertulis, mereka juga diberi pelbagai ujian lisan tentang pengurusan kunci, urusan borang, SPAKOKU dan sebagainya. Tepat pada pukul 1.00, mereka telah makan tengah hari. Selepas itu, mereka melakukan gotong-royong di kaunter pkk.Akhirnya, upacara penyampaian hadiah dijalankan. Begitulah tersurainya kem latihan pengawas kokurikulum yang bermakna.
taklimat tentang peraturan pengawas kokurikulum
pengawas kokurikulum diberi ujianbertulis percubaan di dewan tingkat 3
pengawas kokurikulum menjalani gotong-royong di kaunter pkk
Comments : No Comments »
Categories : Activity
10
03
2014
Kem Kepimpinan telah diadakan pada 18 Februari hingga 20 Februari 2014 di dewan sekolah. Tujuannya adalah untuk membolehkan ahli jawatankuasa setiap badan menguasai langkah pengurusan badan dengan lebih efisien. Aktiviti ini telah dijalankan dengan lancar.
Pelajar diberi taklimat tentang langkah menguruskan badan masing-masing
Pelajar sedang menjawab soalan dengan bersungguh-sungguh
Comments : No Comments »
Categories : Activity