Kem Latihan PKK 2016
14 04 2016Sila ambil perhatian, pada Hari Sabtu yang akan datang iaitu 16hb April. yang berikut ialah beberapa maklumat lanjutan tentang aktiviti ini.
Tarikh: 16 April 2016
Masa: 8 pagi hingga 2.30 petang
Tempat: Auditorium
Guru Bertugas : Cik Khor Whei Peng
Laporan kem latihan Pengawas Kokurikulum
Kem Latihan Pengawas Kokurikulum 2016 telah diadakan pada 16 April 2016 (Hari Sabtu) di auditorium sekolah . Kem Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan Pengawas Kokurikulum terhadap urusan data dan borang kokurikulum.
Pada tepat pukul 8 pagi hari tersebut, ahli-ahli telah mendaftarkan nama diri dan para ahli diberi taklimat tentang peraturan kem latihan.AJK pengawas kokurukulum juga memberikan taklimat tentang fungsi-funsi borang .Selepas itu, para ahli telah dibahagikan kepada 6 kumpulan. Mereka telah menjalani ujian bertulis percubaan di auditorium.
Selepas ujian bertulis, mereka juga diberi pelbagai ujian lisan tentang pengurusan kunci, urusan borang, SPAKOKU ,stor dan sebagainya.Selepas ujian lisan,mereka melakukan gotong-royong di kaunter pkk.Kemudian,pada pukul 12.30 petang , semua pengawas kokurikulum makan tengah hari di kantin sekolah.Seterusnya, para pengawas kokurikulum bermain station games tentang peranan pengawas kokurikulum dan borang koku.
Setelah tamat main station games,upacara memberi hadiah telah dijalankan.Segala aktiviti dijalankan dengan lancar dan para pengawas kokurikulum telah mempelajari banyak tentang pengurusan borang dan sebagainya. Begitulah tersurainya kem latihan pengawas kokurikulum yang bermakna.
Para pengawas kokurikulum sedang menduduki peperiksaan bertulis.
Para pengawas kokurikulum sedang menduduki peperiksaan lisan.
Categories : Activity