Kem Latihan Pengurusan 2016
1 03 2016Pada 3 Februari 2016, Pengawas Kokurikulum SMJK Perempuan China Pulau Pinang telah menganjurkan Kem Latihan Pengurusan di dewan sekolah. Aktiviti ini telah dijalankan pada dua masa iaitu pada pukul 9 pagi-1 petang(bagi murid sesi petang) dan pada pukul 1.30 petang- 5.00 petang(bagi murid sesi pagi). Masa telah diatur sebegini agar aktiviti ini tidak akan mengganggu proses pembelaharan para pelajar. Dalam aktiviti ini, semua pengerusi, setiausaha dan bendahari semua badan kokurikulum telah diajar dan dilatih oleh guru penasihat Pengawas Kokurikulum dan PKK. Mereka telah belajar tentang kegunaan pelbagai jenis boring, proses menempah bilik dan cara untuk mengurus blog badan kokurikulum. Selepas itu, para pelajar menduduki suatu peperiksaan untuk memastikan mereka telah benar-benar memahami perkara yang telah diajar. Kem latihan pengurusan 2016 telah dijalankan dengan lancar dan berakhir dengan sempurna.
Categories : Activity