Pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum
19 06 2013Pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum
- Setiap kali menghadiri perjumpaan, seseorang pelajar mesti membawa kad kokurikulum untuk ditandatangani oleh guru penasihat.
- Kad kokurikulum tersebut akan disimpan oleh pihak sekolah pada penghujung tahun.
- Pelajar mesti memakai pakaian seragam sekolah/pasukan atau kemeja-T persatuan/kelab dengan seluar panjang hitam/biru bersama kasut sekolah semasa menjalankan aktiviti kokurikulum.
- Semasa menjalankan aktiviti, semua pelajar mesti berdisiplin dan keselamatan ahli perlu diutamakan. Tanpa kehadiran guru penasihat, aktiviti tidak boleh dijalankan.
- Selepas perjumpaan, semua alatan dan tempat perjumpaan perlu dikemaskan. Kebersihan bilik/tempat aktiviti mesti dijaga dengan baik. Tindakan disiplin akan diambil terhadap badan kokurikulum yang mengotorkan bilik/tempat aktiviti.Semua lampu, kipas dan alat-alat elektrik lain perlu dipadamkan sebelum meninggalkan tempat perjumpaan. Tindakan disiplin akan diambil ke atas badan kokurikulum yang tidak memadamkan alat elektrik.
- Hanya pelajar yang telah mendapat kebenaran ibu bapa dengan penyerahan borang KK-KIB sahaja dibenarkan untuk menyertai aktiviti di luar sekolah.
- Setiap kejayaan di luar sekolah hendaklah dilaporkan kepada PK Kokurikulum dengan mengisi 2 salinan borang KK-RAK dalam masa 2 minggu selepas aktiviti dijalankan.
- AJK/ahli tingkatan 5 dan tingkatan 6 atas yang telah menunjukkan kualiti kepimpinan atau yang telah memberi sumbangan kepada kelab/persatuan/ pasukan akan dicalonkan untuk menerima anugerah sijil penghargaan pada Majlis Penyampaian Hadiah akhir tahun. Bilangan calon yang layak ialah dalam nisbah 1: 50 orang ahli. Pihak sekolah akan membuat keputusan muktamad untuk menentukan pelajar yang akan dianugerahkan sijil penghargaan.
- Pelajar yang mempunyai rekod tanda hitam (markah demerit 24 atau lebih) di Unit Disiplin tidak boleh memegang jawatan AJK bagi sebarang kelab/persatuan/badan perkhidmatan.
- Pelajar diwajibkan memakai pakaian seragam Pasukan Badan Beruniform yang disertai pada setiap hari Rabu sempena Hari Uniform Kokurikulum.
Categories : Announcement